fbpx

Ezra lepas bebas pertuduhan terbit buku bertentangan hukum syarak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini melepas dan membebaskan Pengarah ZI Publications Sdn. Bhd. Mohd. Ezra Mohd. Zaid yang berdepan pertuduhan menerbitkan buku yang didakwa bertentangan dengan hukum syarak.

Hakim Syarie Shukran Yusof membuat keputusan itu selepas menolak permohonan pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan Mohd. Ezra daripada pertuduhan itu.

Dalam penghakimannya, Shukran berkata, selepas keputusan itu dibuat selepas menimbang hujahan lisan dan bertulis kedua-dua pihak.

“Mahkamah mendapati jika Mohd. Ezra dilepas tanpa dibebaskan keputusan itu akan menjadi sesuatu yang bersifat akademik.

“Tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh pihak pendakwaan untuk melakukan siasatan dan sebagainya kerana kes ini tidak sah bermula daripada penangkapan yang mana Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Selangor untuk mendakwa Mohd Ezra dengan pertuduhan itu,” kata beliau.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk melucuthakkan 180 buku berjudul ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ daripada tertuduh atau pihak yang berkaitan dan diserahkan kepada ketua penguat kuasa agama untuk tindakan lanjut.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Ezra didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 2013 atas pertuduhan menerbitkan buku karya penulis warga Kanada iaitu Irshad Manji di premis perniagaan ZI Publications, B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3 di sini.

Kes itu dikendalikan Pendakwa Syarie Zamniazura Mohd. Sarin dan Khafizah Ahmat Khairi, manakala peguam Zulkifli Che Yong mewakili Mohd. Ezra.

Mohd. Ezra ketika ditemui pemberita selepas prosiding, berkata beliau berasa gembira kerana kes ini telah selesai.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI