fbpx

West Brom pecat Bilic, bakal diganti Allardyce

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILIC (kiri) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada West Brom selepas setahun lebih mengendalikan pasukan itu. - AFP

WEST BROMWICH – Pengurus West Bromwich Albion, Slaven Bilic menjadi pengendali pertama dipecat daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Ia ekoran prestasi mengecewakan Bilic bersama The Baggies yang kini menghuni tangga kedua tercorot liga dengan hanya satu kemenangan daripada 13 perlawanan setakat ini.

“West Bromwich Albion mengucapkan terima kasih kepada Bilic atas sumbangannya bersama pasukan ini. Penolong jurulatih, Dean Racunica dan Danilo Butorovic juga meninggalkan pasukan ini berkuat kuasa serta merta,” menurut kenyataan daripada West Brom.

Kejayaan mengikat Manchester City 1-1 pada aksi EPL di Stadium Etihad awal pagi tadi merupakan ‘hadiah’ terakhir Bilic kepada para penyokong West Brom selepas mula dilantik mengendalikan pasukan itu sejak Jun 2019.

Bekas pengurus England, Sam Allardyce dikatakan sedang dalam rundingan untuk dilantik sebagai ketua jurulatih baharu West Brom selepas ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI