fbpx

Kakitangan Google bekerja dari rumah hingga September 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 16 Februari 2019 menunjukkan logo enjin carian internet Google. – AFP

SAN FRANCISCO, California – Syarikat induk Google, Alphabet menunda kepulangan pekerja ke pejabatnya sekurang-kurangnya sehingga September 2021 dan sedang menguji ‘minggu kerja yang fleksibel’ untuk jangka masa panjang

Dalam satu e-mel kepada pekerja Google Ahad lepas, Ke­tua Pegawai Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai berkata, syarikat itu sedang meneliti jadual yang menggabungkan hari di pejabat dengan hari bekerja dari rumah.

Akhbar The New York Times memetik e-mel Pichai sebagai menyatakan: “Kami sedang me­nguji hipotesis bahawa model kerja yang fleksibel akan menjana produktiviti, kerjasama dan kesejahteraan yang lebih besar.”

Pichai berkata, tiada syarikat besar lain yang membuat ‘model tenaga kerja hibrid sepenuhnya’ seperti Alphabet.

Google mengesahkan e-mel itu kelmarin ketika Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen vaksinasi besar-besaran dengan harapan dapat meratakan gelombang wabak koronavirus terbesar di dunia itu yang turut menyaksikan kematian di AS melepasi ­angka 300,000 orang.

Google dan firma Lembah Silikon lain beralih kepada amalan bekerja dari rumah pada awal pandemik melanda dan bergantung kepada perkakasan internet yang mereka cipta untuk menyelesaikan tugas.

Google pada awalnya menjangkakan kakitangannya akan mula kembali ke pejabat pada awal 2021 tetapi tarikh tersebut terbukti tersasar ekoran pandemik yang belum reda. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI