fbpx

Pusat panggilan judi haram diserbu, 7 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Seramai tujuh individu ditahan selepas sebuah pusat panggilan judi dalam talian diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sebuah pangsapuri di Senibong, di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 2.30 petang itu, kesemua yang ditahan itu ialah lelaki tempatan berusia 18 hingga 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pusat panggilan tersebut dipercayai menjalankan aktiviti pertaruhan dan promosi judi dalam talian.

“Hasil serbuan itu, polis merampas satu kad akses pintu rumah, telefon bimbit (15), komputer riba (7), tetikus komputer (7), modem wifi (4) simkad starhub (11), buku catitan (2), meja (3) dan tujuh buah kerusi,.

“Siasatan yang dibuat mendapati aktiviti perjudian atas talian tersebut beroperasi selama 12 jam dari pukul 10 pagi hingga 10 malam,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Padzli memberitahu, kesemua suspek ditawarkan gaji sebanyak RM2,000 sebulan dan dibayar komisen bergantung kepada keuntungan daripada hasil perjudian.

Jelasnya, semakan rekod jenayah mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 4(1)(g) Akta Judi rumah terbuka 1953 yang boleh dihukum denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi terus hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI