fbpx

KPDNHEP rampas 5,085 pakaian tiruan RM61,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak KPDNHEP menyerbu sebuah stor di Bandar Tangkak selepas menerima aduan berkaitan aktiviti jualan pakaian berjenama disyaki tiruan.

MUAR – Sepasang suami isteri yang menjual pakaian berjenama disyaki tiruan secara online berputih mata apabila  perniagaan mereka diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Muar.

Ketua Cawangannya, Rizq Fazliana Abd. Hamid berkata, dalam serbuan pukul 2 petang semalam, pihaknya berjaya merampas 5,085 unit pakaian pelbagai jenama disyaki tiruan dengan menggunakan suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan secara salah.

“Serbuan dilakukan berikutan aduan daripada wakil pemilik cap dagang serta risikan selama seminggu ke atas aktiviti penjualan pakaian itu yang dilakukan secara dalam talian. Stor yang terletak di Bandar Tangkak itu dipercayai dijadikan pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran.

“Modus operandi mereka ialah mengiklankan pakaian itu menerusi siaran langsung di Facebook (FB Live) sebelum dijual kepada pembeli. Pembeli kemudiannya perlu membuat pesanan semasa siaran langsung di Facebook,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat KPDNHEP Cawangan Muar di sini hari ini.

Menurut Rizq Fazliana, pakaian berjenama terkenal itu dijual pada harga sekitar RM10 dengan minimum dua helai pembelian dan penghantaran percuma bagi 10 helai pembelian.

“Hasil maklumat mendapati perniagaan ini baru dijalankan sejak awal tahun ini dimana sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami menahan suami warga tempatan berusia 40-an dan isterinya warga Vietnam berusia 30-an untuk diambil rakaman percakapan. Kesemua rampasan bernilai RM61,000,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI