fbpx

Dua ADUN Pas antara lima muka lama kekal Exco Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (hadapan, dua dari kanan) bersama lima ADUN yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Kinta, Ipoh hari ini.

IPOH – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas antara lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dikekalkan dalam barisan kepemimpinan kerajaan negeri Perak yang baharu.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamaruddin.

Turut kekal sebagai Exco kerajaan negeri ialah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dari Bersatu selain Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering) dari UMNO.

Majlis mengangkat sumpah jawatan tersebut dilakukan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Selain Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, istiadat itu turut dihadiri Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Kosmo! Pada 11 Disember lalu melaporkan, empat ADUN daripada UMNO telah mengangkat sumpah dalam istiadat yang dijalankan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar melibatkan Datuk Mohd. Zolkafly Harun (Lintang), Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr. Wan Norashikin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Seorang lagi Exco kerajaan negeri yang dilantik ialah ADUN Sungai Manik dari Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang merupakan muka baharu

Zainol Fadzi adalah Exco kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI