fbpx

Laksamana Run berjaya kutip dana RM800,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Tun Aminah menyampaikan kutipan bernilai RM800,300 kepada Pengarah Eksekutif YKLTJ, Datuk Mohamed Perang Musa di Yayasan Warisan Johor.

JOHOR BAHRU – Lebih 2,600 peserta menyertai larian amal Laksamana Run yang diadakan secara virtual (maya) dianjurkan oleh Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) bermula 1 November sehingga 10 Disember lalu.

Majlis Penutupan Laksamana Run yang dirasmikan oleh Tunku Puteri Johor, Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang juga merupakan Penaung Diraja Laksamana Run.

Majlis penutup itu diadakan pada 12 Disember lalu di Yayasan Warisan Johor dengan penyerahan cek bernilai RM800,300 oleh Tun Aminah kepada YKLTJ.

Larian tahunan yang bertemakan Virtual Color Run 2020 kali ini tetap mendapat perhatian dan sokongan rakyat Malaysia walaupun diadakan mengikut norma baharu iaitu secara virtual (maya) seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ, Mohd Ikmal Izam Zaini, walaupun dilanda dengan pandemik Covid-19 ia bukanlah penghalang bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menunjukkan semangat serta sokongan mereka kepada pejuang kanser.

“Walaupun tahun ini Laksamana Run diadakan secara virtual, kita menerima jumlah penyertaan luar biasa bukan sahaja dari Johor, malah dari seluruh negara.

“Laksamana Run berjaya mengumpul dana lebih daripada yang dijangkakan hasil sumbangan daripada penaja- penaja yang setia menyokong usaha ini,”katanya.

Sejak penubuhannya, YKTLJ telah menyalurkan lebih RM8 juta untuk membantu lebih 2,000 pejuang kanser yang sedang mendapatkan rawatan di sekitar Johor.

YKTLJ diinspirasikan oleh Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil.

Sewaktu perjuangan melawan kanser, Almarhum Tunku Abdul Jalil menzahirkan simpatinya terhadap pejuang- pejuang kanser yang terbeban dengan kos rawatan tinggi yang perlu mereka tanggung.

Baginda menyatakan ideanya untuk membantu pejuang kanser kepada ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Atas sokongan penuh seluruh kerabat Diraja Johor, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor ditubuhkan pada 26 Jun 2015. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI