fbpx

Berhimpit 6 beradik dalam satu bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zanilawati (dua dari kanan) bersama enam adiknya termasuk empat daripada mereka yang merupakan OKU ketika ditemui di bilik sewanya di Kampung Wak Musa, Pekan Nanas di Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Demi menunaikan amanat arwah ibu, seorang wa­nita tabah menjaga dan membesarkan enam adiknya termasuk empat daripada mereka merupakan orang kelainan upaya (OKU) di Kampung Wak Musa, Pekan Nanas di sini.

Lebih menyedihkannya, enam beradik itu mendiami sebuah bilik yang disewa sementara mendapatkan tempat penginapan yang bersesuaian.

Ia bagaimanapun tidak menjadi halangan buat Zanilawati Mohd. Noor, 44, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah untuk memberikan yang terbaik kepada adik-adiknya.

“Walaupun kami (adik-beradik) berlainan ibu, tetapi saya menjaga mereka seperti adik kandung termasuk menghantar Mohd. Fadley Adley, 14, dan Mohd. Fikri Aiman, 13, ke sekolah tahfiz di Sedili, Kota Tinggi.

“Nur Fatim Adawiah, 17, pula tinggal bersama abang kan­dung, Mohd. Zaidey di Kampung Je­ram Batu dan bekerja kilang di sana,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Zanilawati, selain Mohd. Fadley dan Mohd. Fikri, dia turut menjaga dua lagi adik­nya iaitu Nur Syafika Ellyana, 12, dan Nur Auni yang berusia sembilan tahun.

Nur Syarifah Shahira, 18, Nur Fatim Adawiah, Mohd. Fadley dan Mohd. Fikri merupakan OKU masalah pembelajaran.

Bercerita lanjut, wanita itu memberitahu, mereka sekeluarga berasal dari Kelantan dan berhij­rah ke Johor selepas ibunya me­ninggal dunia pada 2006 sebelum dijaga oleh keluarga angkat di Benut, Pontian.

Selepas keluarga angkat me­ninggal dunia, Zanilawati membawa adik-adiknya berpindah ke Pekan Nanas pada September lalu untuk mencari tempat tinggal baharu.

Semasa berpindah ke daerah ini, Zanilawati terpaksa meminjam dengan peminjam wang berlesen demi kelangsungan sementara mendapat pekerjaan pada Oktober lalu dengan gaji RM1,100.

Adik-beradik itu turut me­nerima bantuan OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 dan Majlis Agama Islam Johor RM500 sebulan.

“Alhamdulillah kerana banyak pihak membantu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Zanilawati boleh menghubungi wanita itu di talian 014-6260697 atau akaun bank Maybank 153038927231.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI