fbpx

Shahar nafi antara 10 penyokong Anwar Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahar

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah akhirnya tampil menafikan desas-desus mengaitkan dirinya salah seorang daripada 10 Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu dijelaskan Mohd. Shahar menerusi laman Facebook hari ini.

“Saya ingin tegaskan buat kesekian kalinya bahawa saya sentiasa berpegang kepada keputusan Parti UMNO iaitu ‘No Anwar No DAP’.

“Sebagai ahli parti UMNO dan ahli parlimen dari UMNO, apa jua keputusan parti UMNO saya akan terus pertahankan demi agama, bangsa dan negara,” katanya yang juga Ahli Parlimen Paya Besar.

Katanya, beliau akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memastikan negara terus stabil dan kebajikan rakyat Malaysia terus terpelihara.

Media hari ini melaporkan Anwar dikatakan berjaya mendapatkan 10 akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen UMNO yang akan dipersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber itu lagi, sembilan ahli Parlimen UMNO itu termasuk Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria turut tersenarai.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI