fbpx

Wakil Utusan Malaysia, Kosmo! sedia beri liputan haji terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh bergambar bersama wakil media selepas Majlis Pelepasan Petugas Haji di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, hari ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SEPANG – Pembaca setia Utusan Malaysia dan Kosmo! sekali lagi berpeluang menerima pelbagai laporan terkini liputan yang melibatkan jemaah haji negara ini secara langsung dari tanah suci.

Perkembangan khabar dari sana malahan bakal diberikan fokus oleh wartawan, Mohamad Hafiz Yusoff al-Bakri yang terpilih sebagai petugas media musim haji kali ini.

Ketika ditemui pada program perlepasan kumpulan kedua petugas operasi haji di Pusat Konvensyen Movenpick di sini hari ini, beliau berasa teruja dan bersyukur menjadi tetamu Allah.

“Alhamdulillah memang terperanjat apabila dipanggil mengikuti kursus asas haji semua petugas pada Februari lalu kerana giliran saya pula lambat lagi,” jelasnya.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman hadir menyantuni kumpulan petugas media yang terdiri seramai 16 orang.

Mereka merupakan sebahagian daripada 150 orang yang berlepas ke Madinah malam ini selepas kumpulan pertama seramai 16 orang selamat bertolak ke sana pada 30 April lalu.

Bercerita lebih lanjut, Mohamad Hafiz, 37, yang berasal dari Batu Caves, Selangor itu berkata, beliau juga turut mempunyai pengalaman ketika menunaikan umrah pada enam tahun lalu.

“Walau bagaimanapun haji sebenarnya cukup mencabar apatah lagi saya bukan setakat beribadah, bahkan kena bertugas membuat liputan berita pada setiap hari,” tambahnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI