fbpx

Kumpulan bersenjata serang sekolah, culik pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 3 November 2017 menunjukkan dua pelajar sedang menelaah di sebuah sekolah sains milik kerajaan di Nigeria. - AFP

ABUJA, Nigeria – Sebilangan pelajar dikhuatiri diculik dipercayai untuk mendapatkan wang tebusan selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah sekolah menengah milik kerajaan di negeri Katsina, utara Nigeria, kata  polis semalam.

Penduduk tempatan memberitahu agensi berita AFP bahawa pelajar terbabit telah ditangkap oleh penyerang mereka.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari mengecam serangan itu dalam satu kenyataan semalam. Beliau mengarahkan supaya kawalan keselamatan di sekolah-sekolah lain diperketatkan.

“Saya mengecam keras serangan oleh pengecut terhadap kanak-kanak  tidak berdosa itu. Doa kami bersama keluarga pelajar, pihak sekolah dan mangsa yang cedera,” katanya.

Kumpulan bersenjata itu menyerbu Sekolah Menengah Sains Kerajaan di Kankara lewat Jumaat lalu.

“Kumpulan penyerang  datang dengan menunggang motosikal secara beramai-ramai dan cuba memasuki kawasan sekolah,” kata jurucakap polis negeri, Isa Gambo.

“Polis dengan bantuan tentera terlibat dalam kejadian tembak-menembak dengan kumpulan itu selama satu setengah jam,” katanya.

Kumpulan bersenjata itu itu dipaksa  berundur dan sedang diburu oleh pihak berkuasa tetapi tiada jumlah korban dinyatakan. 

“Kami masih dalam proses siasatan lanjut bagi menentukan berapa ramai pelajar yang hilang,” katanya kepada AFP.

“Pagi ini (semalam) kira-kira 200 pelajar yang melarikan diri semasa pertempuran telah pulang ke asrama,” tambah Isa.

Polis turut memberitahu bahawa seorang anggotanya  cedera dan sedang menerima rawatan.

Penduduk tempatan mengatakan,  sebilangan pelajar telah diculik oleh penyerang yang berpecah kepada dua kumpulan semasa melarikan diri. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI