fbpx

Tindakan tegas pegawai, anggota terlibat palsukan cop sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan pada Program Bakul Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Dewan Serbaguna Permai 2, Selama hari ini.

LARUT – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang didapati terlibat dalam kes pemalsuan cop sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga jabatan itu yang menyalahgunakan pengesahan cop keluar dan masuk sempadan utama negara.

Malah katanya, tindakan bersekongkol dengan sindiket itu juga memburukkan keadaan tambahan lagi negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

“Semua sedia maklum, baru-baru ini ramai pegawai Jabatan Imigresen yang ditangkap. Ini menunjukkan bahawa kita telah pun ada operasi-operasi untuk tentukan hanya pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dan tahu bahawa kerja mereka adalah untuk kepentingan negara.

“Sesiapa yang melanggar dan bersubahat membawa orang luar masuk tanpa dokumen sehingga boleh membawa penyakit, saya akan minta Ketua Pengarah pastikan mereka ini diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Bakul Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Dewan Serbaguna Permai 2, Selama di sini hari ini.

Terdahulu, tular dakwaan terdapat Pegawai Imigresen yang bersubahat dengan pemilik sebuah kilang di Selangor dengan membawa ribuan pekerja asing secara haram dari China. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI