fbpx

Tiada tekanan luluskan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menegaskan Malaysia tidak berdepan sebarang tekanan politik berhubung kelulusan penggunaan vaksin Covid-19.

Khairy Jamaluddin menerusi ciapannya di Twitter hari ini berkata, kerajaan juga tidak akan meluluskan penggunaan vaksin itu secara kecemasan dan akan membuat penilaian berdasarkan data klinikal yang diterima.

“Daripada data klinikal vaksin ini, ia akan dinilai secara bebas oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Penilaian ini akan dibuat sebelum vaksin diluluskan dan didaftar untuk digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk ciapan berkenaan kerajaan Amerika Syarikat yang meluluskan vaksin Covid-19, Pfizer-BioTecNTech semalam selepas didesak oleh Presiden, Donald Trump.

Terdahulu, Trump turut berkongsi sebuah video di laman Twitter dan menyifatkan berita tersebut sebagai keajaiban perubatan dan percaya imunisasi pertama akan dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI