fbpx

Solat jumaat, fardu dibenarkan kecuali di Kubang Kerian, Kusial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Gambar hiasan

KOTA BHARU – Solat Jumaat, solat fardu serta aktiviti di masjid, surau dan musalla di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang dibenarkan beroperasi seperti garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, dua mukim di Kubang Kerian, Kota Bharu dan Kusial, Tanah Merah dikecualikan daripada arahan itu berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 20 Disember ini.

Katanya, perkara tersebut mendapat perkenan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan agar solat Jumaat, fardu dan aktiviti di masjid dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Madrasah Ad-Diniah, Kampung Huma, Pasir Puteh yang merupakan Kluster Huma diteruskan.

“Surau dan musalla yang terletak di kawasan tersebut juga diarahkan tutup sehingga tarikh yang akan diberitahu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Rizam, oleh itu, Maik amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan tersebut.

Katanya, kita harus bersama-sama istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu serta memperkenankan doa serta harapan semua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI