fbpx

Mayat warga emas ditemui dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat warga emas ditemui berhampiran keretanya di sebuah kebun getah di Felda Laka Temin, Bukit Kayu Hitam pada petang tadi.

ARAU – Seorang lelaki warga emas yang hilang sejak Rabu lalu ditemui mati berhampiran kereta miliknya di sebuah kebun getah di Felda Laka Temin, Bukit Kayu Hitam, Kedah pada petang tadi

Mayat Lim Boo Song, 80, ditemui pada jarak kira-kira satu kilometer dari kereta jenis Proton Iswara pada pukul 3.20 petang.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa dilaporkan hilang selepas anak perempuannya mendapati bapanya tiada di rumah di Rancangan Perumahan Awam Mata Ayer dekat sini pada pukul 9.30 pagi, Rabu lalu.

Katanya, hasil siasatan mendapati warga emas terbabit tidak dapat dihubungi sehari sebelum itu dan kali terakhir anaknya berjumpa mangsa adalah pada Isnin lalu.

“Kami menerima maklumat bahawa kereta mangsa ditemui di sebuah kebun getah di Felda Laka Temin kira-kira pukul 5.30 petang, Khamis lalu.

“Lanjutan itu, operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan melibatkan polis, Unit Anjing Pengesan, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pada semalam dan hari ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nanda, mayat mangsa kemudian ditemui pada jarak satu kilometer dari keretanya pada pukul 3.20 petang tadi.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI