fbpx

Lampard mahu atasi bekas pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD (tengah) memerhatikan sesi latihan terakhir skuad bimbingannya sebelum bertandang ke Goodison Park menentang Everton awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard menyifatkan Carlo Ancelotti sebagai jurulatih terbaik menjelang pertemuan pasukannya menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park awal pagi esok.

Ini kerana Lampard pernah ‘berguru’ sebagai pemain di bawah kendalian Ancelotti di Chelsea dari 2009 hingga 2011 yang me­nyaksikan mereka ber­dua berjaya menghadiahkan gelaran EPL dan piala FA kepada The Blues dalam tempoh tersebut.

“Saya sangat menghormati Ancelotti dan menganggap beliau antara pengurus terbaik ketika di bawah kendaliannya di Chelsea sebelum ini.

“Saya pernah bekerjasama semasa zaman kemuncak Ancelotti dengan meraih kejayaan buat Chelsea. Walaupun beliau adalah pengurus yang hebat tetapi saya mahu cuba mengatasinya pada perlawanan nanti,” kata Lampard.

Chelsea dilihat tidak ber­depan masalah untuk mene­waskan Everton yang kini mempamerkan aksi kurang memuaskan apabila sekadar me­raih satu kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, Lampard enggan anak-anak buahnya memandang rendah kemampuan Everton meskipun prestasi semasa Chelsea lebih membanggakan dengan kejayaan menduduki tangga ketiga ketika ini.

“Saya mahu pemain kekal fokus dan membawa pulang tiga mata. Kami juga perlu berjaga-jaga kerana Everton mempunyai pemain berkualiti yang mampu melakukan kejutan pada saat akhir.

“Bermain di tempat lawan dan berdepan pengurus terbaik dunia bukanlah satu tugas mudah. Saya harap para pemain memberikan prestasi sebaik yang mungkin,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI