fbpx

YouTuber lelaki diberkas cabul pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang pencipta kandungan YouTube (YouTuber) ditahan selepas dipercayai mencabul seorang gadis yang juga pelajar universiti di sebuah inap desa di Kubang Kerian di sini empat bulan lalu.

Kejadian pada 2 Ogos lalu itu dipercayai berlaku ketika suspek yang berusia 22 tahun menjalani penggambaran sebuah drama di inap desa tersebut.

Siasatan mendapati mangsa yang berusia 24 tahun dihubungi oleh rakannya yang menawarkan untuk berlakon drama arahan suspek dengan bayaran RM600.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, selepas selesai menjalani penggambaran, suspek mengajak mangsa tidur di inap desa itu dengan alasan masih ada penggambaran ­keesokan harinya.

“Semasa berada di dalam bilik, mangsa didatangi oleh suspek yang kemudian mencabul gadis itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu semalam selepas terbaca mengenai kes jenayah seksual melibatkan seorang pendakwah selebriti yang dikatakan mirip dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Ujian air kencing mendapati lelaki itu bebas dadah dan tiada rekod jenayah.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapat permohonan reman pada pagi esok (hari ini),” katanya.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI