fbpx

[VIDEO] Pendakwah selebriti sekali lagi mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful,25, sekali lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol kenalan instagram, September tahun lalu.

Tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Mengikut pertuduhan, Syed Shah Ikmal didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun di bilik sebuah rumah di Seksyen 7 di sini.

Perbuatan itu dilakukan pukul 11.35 malam pada 11 September tahun lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd. Saubian manakala tertuduh diwakili Peguam Syed Amirul Syed Idros.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dengan tiga syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri setiap 1haribulan setiap bulan bermula Januari ini dan tidak dibenarkan menganggu mangsa dan saksi pendakwaan. –

Terdahulu Syed Shah Ikmal yang didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di Petaling Jaya.

Dia kemudiannya diberikan jaminan keseluruhan RM25,000. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI