fbpx

Kes melonjak 2,234, tertinggi dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini melonjak kepada angka 2,000 dengan 2,234 kes dilaporkan sekali gus tertinggi sejak pandemik Covid-19 dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah kes positif sehingg kini sebanyak 78,499 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lima kes adalah kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,229 kes penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 1,112 kes sembuh dicatatkan hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 66,236 kes.

“Terdapat pertambahan tiga kes kematian menjadikan sebanyak 396 kes kematian Covid-19 terkini di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham menambah, sebanyak 124 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI