fbpx

Perlombongan nadir bumi haram berdepan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi di Kedah tanpa kebenaran dan kelulusan bakal berdepan dengan tindakan perundangan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kawalan melalui prosedur operasi standard (SOP) dan perundangan adalah penting bagi memastikan semua aktiviti berkaitan perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar serta orang ramai.

Pada masa ini, SOP perlombongan NR-REE ini sedang dalam proses akhir untuk dimuktamadkan.

“Ditegaskan bahawa KeTSA tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan untuk aktiviti perlombongan di kawasan Hutan Simpan Kekal.

“Kelulusan untuk kawasan selain dari Hutan Simpan Kekal adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan teknikal diperoleh terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sehingga kini belum ada mana-mana pihak yang memohon dan diberikan kelulusan untuk menjalankan perlombongan NR-REE.

Ujar beliau, ia selaras dengan hasrat di bawah Pelan Transformasi Industri Mineral 2021-2030 yang sedang digubal bagi memberikan penekanan kepada keseimbangan antara kemampanan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam.

“Dalam hal ini, hala tuju KeTSA adalah untuk memastikan pengurusan dan pembangunan sumber asli negara dilaksanakan secara mampan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI