fbpx

Lelaki ditemui tergantung pada pagar besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui di kawasan Tangki Air, Taman Lukut Makmur, Port Dickson semalam.

PORT DICKSON –  Seorang lelaki ditemui mati tergantung pada pagar besi sebuah tangki air di Taman Lukut Makmur di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis menerima maklumat melalui panggilan telefon daripada seorang lelaki kira-kira pukul 9.20 malam semalam yang memaklumkan abangnya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan Tangki Air, Taman Lukut Makmur, Port Dickson.

“Siasatan di tempat kejadian iaitu di satu kawasan belukar menempatkan tangki air bagi penduduk Taman Lukut Makmur, Lukut menemui tubuh seorang lelaki tergantung pada pagar besi tangki air, dengan lehernya dililit menggunakan kabel.

“Hasil temu bual dengan keluarga mendapati lelaki berusia 38 tahun itu yang merupakan seorang pemandu lori telah keluar dari rumah seorang diri pada pukul 3 petang semalam sebelum mayatnya ditemui. Mangsa meninggalkan seorang balu dan seorang anak,” katanya di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, pihak keluarga telah cuba menghubungi lelaki tersebut beberapa kali pada petang hari kejadian namun telefonnnya tidak berjawab menyebabkan keluarga mengambil keputusan untuk pergi mencari di sekitar kawasan tangki air tersebut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan hasil temu bual waris menyatakan mangsa tiada musuh atau berhutang.

“Pegawai Penyiasat Jenayah telah memeriksa tubuh lelaki itu, namun tiada sebarang unsur perlakuan jenayah atau kecederaan pada tubuhnya,” katanya.

Tambah Aidi Sham, mayat telah dibawa ke Hospital Port Dickson dan bedah siasat akan diadakan pada hari ini bagi mengenalpasti punca kematian.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasikafikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI