fbpx

Kejuaraan F2 tonik terbaik buat Mick Schumacher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICK (tengah) muncul juara keseluruhan F2 biarpun menamatkan saingan di GP Sakhir kelmarin pada kedudukan ke-18. – AFP

MANAMA, Bahrain – Pelumba muda Jerman, Mick Schumacher yang juga anak bintang legenda, Michael Schumacher menamatkan karier­nya di saingan Formula 2 (F2) dengan pencapaian tertinggi selepas bergelar juara keseluruhan untuk saingan musim ini.

Pada perlumbaan terakhir di Grand Prix (GP) Sakhir kelmarin, Mick gagal meneruskan momentum seperti yang diharapkan apabila menduduki tangga ke-18 keseluruhan tetapi kelebihan 14 mata yang dimilikinya sukar digugat pencabar utama, Callum Ilott.

Kata Mick, gelaran juara F2 yang diraih bersama pasukan Prema adalah pengiktirafan yang sangat besar tetapi dalam masa sama memberi sedikit tekanan memandangkan bakal ‘dinaikkan pangkat’ untuk bersaing dalam kancah Formula Satu (F1) musim depan.

“Saya mengakui masih belum dapat menerima ke­nyataan bahawa saya sah menjadi juara F2 musim ini. Secara keseluruhan, ia adalah tahun yang sukar dengan pandemik Covid-19 tetapi saya sangat gembira ia dapat mengekalkan momentum sehingga dapat mengesahkan kejuaraan ketika berbaki satu perlumbaan.

“Pengiktirafan ini turut memberi ketenangan memandangkan tahun depan saya bakal berdepan tugas lebih getir dengan bersaing dalam kancah F1 yang menjadi impian saya sejak berusia tiga tahun lagi.

“Dalam masa yang sama, saya harap gelaran juara F2 ini dapat meringankan sedikit tekanan memandangkan ada kritikan sebelum ini mengatakan saya tidak layak ke saingan F1 dengan hanya menggunakan nama bapa,” katanya.

Sebagai rekod, Mick telah sah mewakili pasukan Haas untuk saingan tahun depan bersama seorang lagi pelumba muda, Nikita Mazepin untuk menggantikan posisi dua pelumba senior, Romain Grosjean dan Kevin Magnussen yang kontraknya ditamatkan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI