fbpx

Diperintah bayar saman, Nelydia Senrose fail rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelydia Senrose

KUALA LUMPUR – Pelakon Nelydia Senrose memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM89,144.03 kepada syarikat produk kecantikan Chriszen Malaysia Sdn. Bhd. yang memenangi saman berhubung pelanggaran perjanjian sebagai duta jenama bagi produk itu.

Dalam memorandum rayuan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 November lalu, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 26, selaku perayu menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam membuat keputusan apabila gagal memberikan pertimbangan wajar bahawa perayu telah melaksanakan kewajipannya dalam perjanjian yang dimetrai.

Selain itu perayu antara lain turut mengatakan bahawa Hakim itu terkhilaf apabila memutuskan bahawa perayu perlu membayar ganti rugi terhadap majlis responden (acara pelancaran produk) sedangkan syarikat itu telah menerima notis dan mengetahui ketidaklapangan perayu menghadiri majlis itu.

Sementara itu Chriszen Malaysia yang dinamakan sebagai responden dalam rayuan Nelydia turut memfailkan rayuan balasnya semalam, memohon keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen patut diubah kerana mendakwa Hakim itu terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dengan secara salah.

Ia apabila mahkamah memutuskan kos perkhidmatan (RM62,275)  bukan sepenuhnya seperti yang dituntut oleh responden sedangkan perayu (Nelydia) harus mengembalikan kesemua kos perkhidmatan (RM102,275).

Syarikat kosmetik itu juga antara lain, turut mendakwa bahawa Hakim tidak mengambil kira atau gagal mempertimbangkan apabila hanya memberikan jumlah ganti rugi khas sebanyak RM16,869 dan ganti rugi am sebanyak RM10,000 sedangkan responden memohon bagi kedua-dua ganti rugi itu RM61,702, berikutan mengalami kerugian dan kehilangan reputasi yang tidak dapat dipulihkan.

Terdahulu media memperoleh kesemua dokumen itu melalui carian sistem mahkamah.
Hari ini juga ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Nurliana Ismail melalui prosiding atas e-review.

Pengurusan kes selanjutkan ditetapkan pada 19 Januari 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI