fbpx

Portal MalaysiaBiz mudahkan pendaftaran perniagaan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Portal MalaysiaBiz

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan portal MalaysiaBiz yang berfungsi sebagai pusat setempat bagi memudahkan pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen dalam talian secara efisien.

Beliau berkata, portal yang dibangunkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu bertujuan mewujudkan persekitaran yang mesra peniaga bagi meningkatkan daya saing negara serta memacu pertumbuhan ekonomi setempat.

“Kepada para usahawan kecil dan sederhana sekalian, manfaatkanlah peluang ini untuk mendaftar dan memohon lesen perniagaan masing-masing melalui portal MalaysiaBiz.

“Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena pelancaran portal MalaysiaBiz secara virtual di laman Faceboo MAMPU hari ini.

Portal MalaysiaBiz juga dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan SME Corp. Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI