fbpx

MPT Bersatu setuju perkukuh kerjasama dengan Pas melalui PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMZAH ZAINUDDIN

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara parti itu bersama Pas melalui Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerjasama kedua-dua parti itu adalah sebahagian usaha untuk mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

“MPT Bersatu hari ini, yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membincangkan hala tuju dan pendirian Bersatu berhubung perkembangan politik semasa.

“Dalam mesyuarat tersebut, MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak yang diusulkan oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, semua keputusan yang bakal diambil Bersatu berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan PN terutama Pas yang terlibat secara langsung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI