fbpx

Masih ramai ingkar penjarakan fizikal – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Individu yang gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal antara paling ramai ditahan dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 205 individu ditahan atas kesalahan itu manakala 94 orang lagi ditahan kerana terlibat aktiviti di pusat hiburan.

Menurutnya, pada operasi sama, pasukan operasi pematuhan turut menahan 77 individu yang tidak mamakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (59) dan lain-lain (52).

“Secara keseluruhan, polis telah menahan 487 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 470 individu telah dikompaun manakala 17 individu pula direman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, Ismail Sabri berkata, Operasi Benteng telah berjaya menahan 25 orang pendatang asing tanpa Izin (PATI) dan seorang tekong darat.

Katanya, operasi sama turut melaksanakan kira-kira 292 sekatan jalan raya (SJR) semalam.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI