fbpx

Ku Nan lepas tanpa bebas pertuduhan terima rasuah RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Nan (tengah) dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan terima rasuah RM1 juta di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim memaklumkan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan, 70,

“Terdapat perkembangan baharu dalam kes ini yang perlu disiasat dengan lebih lanjut. Pihak pendakwaan juga tidak mahu membazirkan masa mahkamah kerana tidak tahu tempoh masa yang perlu diambil untuk menyiasat perkembangan terbaharu itu.

“Pihak kami tidak boleh maklumkan secara terperinci. Apa yang boleh diberitahu ialah terdapat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan seorang saksi dalam kes ini, ” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan, memberitahu bahawa adalah tidak adil untuk pertuduhan terus tergantung bagi satu tempoh yang tidak dapat ditentukan.

Pada 15 November 2018, Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai ‘Ku Nan’ mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM1 juta daripada Datuk Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akauan CIMB Bank kepunyaan Tengku Adnan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak di sini diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Disember 2013.

Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu menerima RM1 juta daripada Eng Boon tanpa sebarang balasan melalui cek Public Bank ke dalam akaun tertuduh.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI