fbpx

2 pegawai kanan syarikat pembekalan air ditahan kes rasuah RM3.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pegawai kanan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini ditahan SPRM selepas dipercayai terlibat menerima rasuah berjumlah RM3.3 juta daripada dua syarikat kontraktor.

JOHOR BAHRU – Dua pegawai kanan sebuah syarikat pembekalan air di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai telah menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor, semalam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 36 dan 40 tahun itu telah ditahan di pejabat SPRM negeri Selangor pada pukul 2 petang.

“Siasatan yang dibuat berdasarkan beberapa aduan pada tahun lalu mendapati kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua buah syarikat kontraktor.

“Wang tersebut sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.

“Suspek dipercayai terlibat dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berhubung permohonan sumbangan sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program itu tidak dilaksana sepenuhnya,” jelas sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit ketika dihubungi pemberita.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI