fbpx

Maipk buka permohonan dermasiswa pelajar di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAIPK

IPOH – Permohonan bagi Dermasiswa Online Pelajar Luar Negara Majlis Agama Islam Perak (Maipk) untuk pengajian peringkat ijazah dan pondok telah dibuka bermula 5 Disember sehingga 14 Disember ini.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian melalui portal http://online.maiamp.gov.my/fisabilillah/ sehingga tarikh tutup.

Pengurus Bahagian Agihan Zakat Maipk, Muzammil Arbain berkata, permohonan adalah khusus bagi pemohon yang menetap di Perak dan dibenarkan kepada mereka yang pernah menerima bantuan daripada Maipk sebelum ini.

Katanya, dermasiswa tersebut adalah bantuan secara one-off setiap tahun untuk mahasiswa yang belajar di luar negara dlm bidang pengajian Islam.

“Permohonan yang lengkap perlu dicetak satu salinan dan dihantar sendiri ke Pejabat Atase Pendidikan negeri Perak untuk proses selanjutnya.

“Sekiranya terdapat sebarang masalah terutamanya pelajar-pelajar di Mesir, Jordan dan Morocco, mereka boleh menghubungi talian +2010 9856 9800 (Encik Tasyreef) atau +2010 2482 4523 (Encik Muhammad Fauzan) untuk urusan selanjutnya,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Antara dokumen yang diperlukan seperti surat pengesahan pengajian, slip pendapatan ibu bapa, slip keputusan peperiksaan terkini dan surat pengesahan bermastautin di negeri Perak.

Jelas Muzammil lagi, kaedah dermasiswa Maipk ini perlu dibuat permohonan setiap tahun untuk melayakkan pemohon menerima bantuan wang zakat bagi menampung atau memenuhi keperluan sara hidup belajar.

Katanya, permohonan kelulusan bagaimanapun bergantung kepada syarat termasuk prestasi keputusan peperiksaan.

“Pada tahun lalu misalnya seramai 972 pelajar menerima dermasiswa ini membabitkan perlelanjaan kira-kira RM6.4 juta.

“Justeru, para pelajar dan orang ramai juga diminta untuk membantu menyebarkan tawaran dermasiswa ini bagi mengelak keciciran maklumat,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI