fbpx

Beruang matahari merayau di Tanjung Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar beruang matahari melintas yang dirakam penduduk di Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang, semalam.

KUALA SELANGOR – Suasana di dua kawasan di Tanjung Karang di sini, kecoh dengan kehadiran beruang matahari sejak Khamis lalu.

Perkara itu tular di media sosial menerusi gambar dan video seekor beruang berlari melintasi jalan kampung di ban canal yang sempat dirakam orang awam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Haidar Khan Mokbolhasan mengesahkan menerima dua laporan berhubung kejadian itu.

“Aduan pertama melibatkan kawasan di Kampung Sungai Gulang-Gulang pada Khamis lalu, manakala kejadian terbaru diterima semalam di Kampung Sungai Tengi Kanan.

“Siasatan awal mendapati beruang itu bergerak dari Hutan Simpan Kekal Raja Musa di Bestari Jaya sebelum menuju ke dua kampung tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Ujar beliau, pihaknya akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mengesan hidupan liar tersebut.

“Kita tidak menolak kemungkinan beruang matahari itu merayau dan melintasi jalan kampung dan ban canal di Tanjung Karang.

“Orang awam dinasihatkan tidak mengganggu hidupan liar dan berwaspada memandu kenderaan di sekitar kawasan berkenaan,” katanya.

Tambah Haidar Khan, orang ramai yang mempunyai aduan berhubung hidupan liar boleh menghubungi Perhilitan Selangor di talian 03-55193915 untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI