fbpx

Polis bantuan diburu larikan RM5,750 penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dikenali sebagai Mohd. Fahmi Julani diburu polis selepas melarikan wang milik Orang Asli dalam kejadian Oktober lalu.

KLUANG – Seorang anggota polis bantuan diburu selepas dipercayai melesapkan wang sebanyak RM5,750 milik penduduk Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh Jalan Mersing di sini Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, 15 laporan polis dibuat mangsa yang terperdaya dengan tawaran suspek yang menganjurkan program pendaftaran lesen memandu motosikal berkelompok.

“Pada tarikh 21 hingga 23 Oktober lalu, Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Johor telah menerima 15 laporan polis melibatkan mangsa orang asli telah di tawarkan satu program pendaftaran lesen memandu motosikal berkelompok.

“Kebanyakan mangsa ada yang telah membayar wang secara tunai sebanyak RM 350 dan ada juga yang membayar RM 50 kepada suspek dikenali sebagai Mohd. Fahmi Julani.

“Suspek mengenakan harga RM350 sekepala dan melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM 5,750. Hasil semakan ke atas satu pusat memandu di daerah Kluang mendapati nama kesemua mangsa tidak di daftarkan untuk program tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tindakan mengesan suspek dijalankan dan nama saspek telah direkodkan sebagai orang yang dikehendaki.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan juga dikenakan sebat dan denda.

“Pihak Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mohon kerjasama dari orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan saspek boleh menghubungi terus Hotline IPD Kluang di talian 07-7766822,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI