fbpx

Pelajar sekolah antara ditahan merempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua suspek yang ditahan kerana menunggang secara merbahaya dalam satu operasi di Lebuh Raya DUKE awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang pelajar sekolah antara empat individu ditahan polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya dalam Ops Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Sepasukan polis yang diketuai Inspektor Solihi Shafie bersama 12 anggota Anggota Unit Risikan Operasi JSPT Kuala Lumpur melaksanakan Ops tersebut di Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang (DUKE) kira-kira pukul 1 hingga 4.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua suspek ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 26 tahun.

“Empat suspek yang ditahan merupakan dua remaja berusia 16 tahun, seorang pelajar sekolah menengah dan seorang tidak bersekolah, seorang remaja berusia 19 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan dan lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sendiri.

“Mereka didapati menunggang motor dengan melakukan aksi ‘Superman’, menunggang secara zig zag serta menundukkan kepala selari dengan ‘handle’ motosikal yang menghalang pandangan hadapan semasa menunggang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati beberapa kesalahan lain seperti tiada lesen memandu, tiada cermin sisi serta tiada lampu belakang.

“Mereka juga didapati melakukan pengubahsuaian seperti ubah suai ekzos motor yang bising, menggunakan tayar motosikal bersaiz kecil, nombor pendaftaran bersaiz kecil di belakang serta tiada nombor pendaftaran di hadapan.

“Kesemua tahanan di bawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI