fbpx

Konvokesyen dalam rumah pun trending

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Ahmad Nabil menyempurnakan ‘istiadat’ konvokesyennya di rumah bersama ibu tercinta menarik perhatian ramai pengguna Twitter.

KISAH seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perniagaan (Pengurusan Keusahawanan Komputer), Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIIT) yang mengadakan majlis konvokesyen olok-olok di rumahnya tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Video yang dikongsi oleh si empunya badan, Ahmad Nabil Ismail, 25, dalam Twitter itu memaparkan skrol ijazahnya dihantar hanya menggunakan perkhidmatan kurier, manakala detik bersejarah yang sepatutnya diadakan di universiti pula terpaksa dilakukan di rumahnya sendiri.

Lebih menarik perhatian, majlis konvokesyen olok-olok tersebut tetap diteruskan sambil ditemani ibunya yang berpakaian seragam polis juga berperanan sebagai individu yang mengumum dan menyampaikan ijazah berkenaan.

Selain itu, usahanya menggantung sehelai kain berwarna kelabu dengan motif seperti kelopak bunga mawar
sebagai tirai belakang turut menarik perhatian netizen.

Sehingga kini, video yang dimuat naik dalam satu ciapan tersebut telah diulang kicau lebih 7,000 kali dan mendapat tanda suka sebanyak 17,900 daripada warga maya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI