fbpx

2 lagi ditahan susulan pergaduhan di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan polis kerana terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah pusat beli-belah semalam.

PETALING JAYA – Dua lagi individu ditahan berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu negara semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua yang ditahan menjadikan jumlah tangkapan seramai 44 orang terdiri daripada 41 lelaki dan 3 wanita.

“Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun melibatkan pemilik kedai, pekerja dan orang awam.

“Kesemua tahanan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 7 Disember depan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Malam tadi, Kosmo! melaporkan 42 individu ditahan dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara dan beberapa video tular di laman media sosial yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI