fbpx

Malaysia kekal komited banteras jenayah narkotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia sebagai ahli ketiga-tiga Konvesyen Dadah Antarabangsa menyatakan pendirian kekal komited membanteras jenayah narkotik di peringkat domestik serta global.

Tiga konvesyen itu ialah Konvensyen 1961, Konvensyen Mengenai Bahan Psikotropik 1971 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Perdagangan Haram Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1988.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini susulan hasil persidangan semula sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik di Vienna, Rabu lalu yang telah bersetuju menerima usul menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 pindaan Protokol 1972.

Beliau berkata, bagi peringkat antarabangsa, keputusan Suruhanjaya Dadah Narkotik untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen 1961 tidak melonggarkan kawalan antarabangsa terhadap kanabis kerana ia masih kekal dikawal ketat di bawah Jadual I Konvensyen 1961.

“Justeru, dalam hal ini, kementerian ingin menegaskan bahawa keputusan persidangan tersebut tidak mengubah status kawalan kanabis dan semua bahan-bahan berkait kanabis dalam negara,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sekiranya mana-mana pihak melanggar peruntukan undang-undang sedia ada tindakan tetap akan diambil ke atas mereka,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI