fbpx

Budak 10 tahun cedera jatuh tingkat empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 4 dalam kejadian di Presint 11, petang tadi.

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak 10 tahun dikhuatiri cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah apartment di sini petang tadi.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian itu berlaku pada pukul 5.23 petang di Blok B, Zon 6B, Presint 11.

Menurut sumber, mangsa kini ditempatkan di wad kecemasan Hospital Putrajaya di sini.

“Kejadian ini tidak dilaporkan melalui Mers 999 dan tiada laporan polis dibuat setakat ini.

“Kes dimaklumkan selepas Pihak Pusat Kawalan Daerah menghubungi Hospital Putrajaya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali mengesahkan kejadian itu namun tidak memberikan butiran lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI