fbpx

JIM kesan enam individu bagi kes pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA –  Orang ramai diminta membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan dua  individu warga tempatan dan empat warga Bangladesh berhubung kes pendakwaan mengikut Akta Imigresen 1959/1963.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, JIM berkata, kesemua individu itu dikehendaki bagi  tujuan perbicaraan di mahkamah.

“Dua individu warga tempatan berkenaan dikenali sebagai Fawziah Abdul Rahim, 50, beralamat terakhir di Block B, Tingkat 15, No. 08-15-15, Lagoon Perdana Apartment, Lagoon Perdana Bandar Sunway, Petaling Jaya.

“Manakala, seorang lagi dikenali sebagai Mohamed Sharif Nawab Din, 60, yang beralamat terakhir di No. 241, Jalan Gigih 11, Taman Sri Lambak, Kluang, Johor,” katanya.

Empat lagi warga Bangladesh dikenali sebagai Ali Hossan, 32; Md. Nurul Matubbar, 38; Shidul Haque, 37 dan Md. Mainuddin, 26.

Keempat-empat lelaki warga Bangladesh itu beralamat terakhir di Schwing System Sdn Bhd, No.2, Jalan Perindustrian PP6, Taman Perindustrian Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Mereka yang mempunyai maklumat lanjut mengenai individu berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Annur Aidil Mohamed, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI