fbpx

Wanita dakwa anak Fazura, Fattah ‘sumbing’ dikecam hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura dan anak sulungnya.

PETALING JAYA – Seorang wanita pemilik akaun Facebook dikecam hebat oleh netizen selepas meninggalkan kata-kata biadap dengan mendakwa anak kepada pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin dilahirkan sumbing.

Komen tersebut ditinggalkan wanita itu selepas Fazura dan Fattah masih dengan keputusan tidak mendedahkan wajah puteri kesayangan mereka kepada umum.

“Anak dia sumbing agak,” komen wanita itu dalam ruangan sebuah artikel yang dikongsikan menerusi Facebook.

Ekoran daripada itu, wanita yang sengaja menimbulkan kemarahan peminat pasangan selebriti itu diserang hebat oleh netizen yang menyifatkan komennya sebagai keterlaluan dan biadab.

Malah, netizen turut tertanya-tanya bagaimana perasaan anak-anaknya nanti apabila mengetahui ibu mereka melemparkan komen sedemikian terhadap orang lain.

“Amboi mulut mak cik. Kalau tak ada benda baik nak cakap lebih baik diam,” kata salah seorang pengguna Facebook.

Pada masa sama, ada juga pengguna Facebook mengingatkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan wanita berkenaan merupakan satu bentuk penghinaan atau ‘body shaming’ yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Terdahulu, Fazura dan Fattah tetap dengan keputusan tidak mendedahkan wajah anak mereka, Nur Fatimah Aisya dan akan berkongsi sepenuhnya wajah Fatimah apabila sampai waktunya nanti.

Fazura dan Fattah telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan selamat menimang cahaya mata sulung pada 2 Oktober lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI