fbpx
Saiful Azly

Suspek utama samun dan bunuh dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Suspek utama yang menjadi buruan pihak polis susulan kejadian samun dan bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Wan Hassan Wan Embong di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur Ahad lalu telah berjaya diberkas awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.30 pagi tadi di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) hasil soal siasat dan risikan yang dilakukan.

“Hasil soal siasat yang dilakukan ke atas rakan-rakan suspek yang telah ditahan sebelum ini, kita berjaya memperolehi maklumat kedudukan suspek dan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah melakukan serbuan di sebuah premis di Setapak, Kuala Lumpur.

“Turut berjaya dirampas adalah pakaian yang dipercayai dipakai oleh suspek ketika melakukan jenayah samun tersebut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, pihak polis turut berjaya menemui senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian berdarah tersebut.

“Anggota polis yang pergi semula ke rumah mangsa kedua turut menemui sebilah parang dan tukul yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melakukan samun namun siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan.

“Pihak polis akan memohon reman ke atas suspek dalam masa terdekat bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” tegas beliau.-K! ONLINE

BERITA BERKAITAN