fbpx
DARMANIN menunggu untuk menyertai program berita petang di saluran televisyen France 2 di Paris pada 26 November lalu. - AFP

Perancis akan serbu puluhan masjid yang didakwa tempat ajaran radikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Pihak berkuasa Perancis akan menyerbu berpuluh-puluh masjid dan dewan solat yang disyaki mengamalkan ajaran radikal hari ini sebagai sebahagian usaha membanteras golongan pelampau agama susulan beberapa serangan di negara berkenaan, kata Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin.

Darmanin memberitahu stesen radio RTL bahawa mana-mana dewan solat akan ditutup sekiranya didapati mempromosikan fahaman esktremisme.

Pemeriksaan itu akan dilakukan tengah hari ini (waktu Perancis) sebagai sebahagian tindak balas terhadap dua serangan dahsyat yang mengejutkan Perancis termasuk insiden seorang guru dipancung kerana menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada pelajarnya dan tragedi tiga orang ditikam sehingga mati di sebuah gereja di Nice.

Darmanin tidak mendedahkan lokasi masjid dan dewan solat yang akan diserbu. Bagaimanapun, dalam sekeping nota yang diperoleh agensi berita AFP, beliau menyenaraikan 16 alamat di Paris dan 60 lagi di seluruh Perancis. – AFP