fbpx

Lelaki maut, kenderaan dipandu rempuh belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Toyota Rave4 yang terbabit dalam kemalangan di jejambat bertingkat Jalan Lintas malam tadi.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian di jejambat Jalan Lintas tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa Bryan Vun Chen Tsung, 22, disahkan meninggal dunia ditempat kejadian ekoran mengalami kecederaan serius.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Rakhman berkata, kemalangan dipercayai berlaku akibat kecuaian mangsa sendiri yang memandu secara melulu sehingga merempuh belakang treler yang membawa muatan batu-bata.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kedua-dua pemandu bergerak dari arah sama menuju ke kawasan Kolombong.

“Sewaktu kejadian, pemandu lori berusia 35 tahun sedang menaiki jejambat bertingkat berkenaan sebelum tiba-tiba terdengar bunyi seperti bunyi tayar meletup.

“Berikutan situasi itu, pemandu lori kemudiannya memberhentikan lori yang dipandu dan turun untuk memeriksa keadaan tayar. Bagaimanapun, terkejut melihat sebuah kereta jenis Toyota Rav4 terperosok di belakang treler terbabit,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, George menyatakan siasatan mendapati kenderaan mangsa yang maut dipercayai terseret sejauh kira-kira 80 meter dan mangsa yang maut tersepit di tempat duduk pemandu.

“Polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan bertugas,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu tidak disyaki mabuk namun sampel darah sudah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis alkohol dan dadah.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI