fbpx

Kantoi jual pokok bonsai curi di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menjumpai semula sebatang pokok bonsai yang dilaporkan hilang di Sungai Dua, Butterworth pada Ahad lalu.

SEBERANG PERAI – Tindakan pencuri sebatang pokok bonsai di Sungai Dua, Butterworth di sini mengiklankannya untuk dijual di laman sosial Facebook menjerat diri sendiri apabila kegiatan itu berjaya dikesan pihak polis semalam.

Tindakan itu terlebih dahulu disedari pemilik pokok berkenaan iaitu lelaki berusia 45 tahun apabila melihat iklan tersebut sebelum tiga lelaki berusia 18 hingga 36 tahun ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam di Paya Keladi, Kepala Batas di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa menyedari pokok bonsainya jenis Adenium yang diletakkan di luar pagar di hadapan rumah hilang pada Ahad lalu.

“Lelaki itu cuba mencari pokok berkenaan di beberapa buah kedai menjual pokok hiasan, namun tidak menjumpainya.

“Dia dapat mengecam pokok yang dibeli pada Mei lalu itu kerana mempunyai tanda dengan tulisan ‘1-5’ dan telah melihat iklan penjualan sebatang pokok bonsai di Facebook kelmarin sebelum membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, susulan laporan diterima pihaknya, polis berjaya menahan tiga-tiga suspek.

“Hasil penangkapan itu, pokok bonsai yang dianggarkan bernilai RM800 berkenaan turut ditemui semula.

“Siasatan mendapati suspek mahu menjual pokok tersebut untuk membeli dadah dan ketiga-tiga mereka turut didapati positif dadah jenis syabu,” katanya lagi.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan

Beliau berkata, hasil tangkapan tersebut turut membawa kepada penahanan empat lagi rakan suspek yang terlibat penagihan dadah dan polis merampas syabu seberat kira-kira 9.5 gram bersama alatan menghisap dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI