fbpx

Individu pulang dari Sabah bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seramai 61 individu yang pulang dari Sabah ke negeri ini Sabtu lalu didapati bebas daripada wabak Covid-19 selepas ujian swab kali kedua dilakukan terhadap mereka.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Jefny Muhammad berkata, kesemua mereka dikuarantin di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Pengkalan Chepa, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas, Hotel Elite dan inap desa di sekitar Kota Bharu selama enam hari.

“Daripada jumlah itu, seramai 11 orang dikuarantin di SSTP, 41 orang di KKTM, dua orang di Hotel Elite dan tujuh di inap desa.

“Kesemuanya dibenarkan pulang ke kampung masing-masing selepas didapati ujian swab kali kedua negatif pada pukul 9 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan individu dari Sabah yang dijadual tiba di Kelantan pada 28 November lalu diwajibkan menjalani ujian swab kali kedua sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 di negeri ini.

Ujian kali kedua itu dijalankan pada hari kelima tempoh kuarantin dan jika didapati negatif, mereka akan dibenarkan pulang tanpa perlu meneruskan kuarantin selama 14 hari.

Langkah itu dilakukan memandangkan sebelum ini banyak kluster tercetus dari mereka yang pulang dari Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI