fbpx

Cermin mata dan topi tiruan bernilai RM1.5 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai serbuan KPDNHEP memeriksa cermin mata tiruan jenama terkenal dalam serbuan di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur petang tadi.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas cermin mata dan topi tiruan jenama terkenal bernilai kira-kira RM1.5 juta dalam satu serbuan petang tadi.

Serbuan serentak oleh sepasukan pegawai dan anggota KPDNHEP Kuala Lumpur di sebuah stor simpanan dan sebuah pusat pemborong di Kuala Lumpur itu bermula kira-kira pukul 1.30 petang.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat daripada penjualan secara atas talian oleh penjual dan hasil risikan selama seminggu pihaknya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat tersebut, pihaknya berjaya mengesan stor penyimpanan barangan tersebut yang berada di Jalan Raja Laut serta premis pemborong di Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur

“Hasil pemeriksaan lanjut pasukan serbuan telah menyita cermin mata dan topi dengan menggunakan perihal dagangan palsu dari jenama-jenama terkenal sebanyak 36,722 unit.

“Nilai keseluruhan barangan yang disita dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut Arifin berkata, penjual telah menjual barangan tersebut secara atas talian dan borong kepada pelanggan di seluruh negara ini.

Katanya, siasatan akan dibuat terhadap peniaga terbabit mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

Dalam pada itu, Arifin berkata, berdasarkan statistik sepanjang tahun 2020 sehingga kini, sebanyak 45 kes telah terhasil di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan nilai rampasan kira-kira RM4.8 juta. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI