fbpx

Ops Tiru: KPDNHEP rampas RM1.5 juta barang tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di premis perniagaan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur melalui Ops Tiru berjaya menumpaskan kegiatan jual barangan tiruan berjumlah RM1.5 juta tahun ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md. Anuar berkata, pihaknya mengesan modus operandi kegiatan itu yang didalangi warga asing dari Bangladesh dan Pakistan.

Menurutnya, statistik yang direkodkan bagi tempoh empat bulan sehingga April itu hasil 40 kes yang dicatatkan melibatkan rampasan 43,975 barangan.

“Trend penjualan barang tiruan ini berubah sejak dua tahun lalu kerana barangan terbabit kebanyakannya dibawa masuk dari negara terbabit.

“Kita juga mengesan aktiviti terbabit menggunakan nama warga tempatan untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan perniagaan di dalam negara,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, Ops Tiru telah dilaksanakan yang mana pihaknya meningkatkan pemeriksaan premis serta mengambil tindakan kes di bawah Akta Cap Dagang 2019.

Jelasnya, notis amaran kepada pemilik premis dan bangunan juga akan diberikan bagi tidak membenarkan premis milik mereka menjalankan aktiviti barangan tiruan atau cetak rompak.

“Kita akan kenal pasti pemilik premis atau bangunan sebelum mendapatkan maklumat latar belakang. Tindakan lain-lain termasuklah pemeriksaan yang berkaitan juga akan dilaksanakan,” katanya.

Tambah Nurul Syarina, KPDNHEP sentiasa menjalankan penguatkuasaan selain mengenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam pada itu, KPDNHEP Kuala Lumpur memberi amaran keras kepada mana-mana individu mahu pun syarikat supaya tidak melanggar undang-undang sedia ada, peniaga ingkar bakal menerima hukuman yang berat sepertimana ditetapkan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI