fbpx

KPDNHEP Kelantan rampas barang jualan bernilai lebih RM53,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kanan) memeriksa harga kawalan jualan tomato di sebuah pasar raya di Kota Bharu baru-baru ini. - Foto ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan telah mengambil tindakan terhadap sebanyak 1,094 kes dengan nilai rampasan barangan jualan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan bernilai lebih RM53,000 sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, daripada jumlah itu sebanyak 829 kes melibatkan pelbagai kesalahan mengikut perundangan KPDNHEP.

Menurutnya, selain itu, sebanyak 265 kes direkodkan kerana menjual harga barangan terkawal melebihi maksimum, gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu dan tidak mempamerkan tanda harga.

“Dalam tempoh itu, sebanyak RM30,700 kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Selain itu, KPDNHEP turut merekodkan sebanyak 567 aduan pengguna menerusi lapan saluran yang disediakan kementerian, berbanding 685 aduan sepanjang tahun lalu,” katanya.

Menurut Azman, daripada jumlah itu, sebanyak 202 aduan mengenai kes pembelian secara dalam talian iaitu barangan yang dibeli tidak diterima, dan sebanyak 165 aduan membabitkan pergaduhan tiada tanda harga diletakkan peniaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`