fbpx

Bitto dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BITTO

SALAH seorang anggota kumpulan UP10TION, Bitto sah dijangkiti virus Covid-19 seperti dimaklumkan agensinya, TOP Media baru-baru ini.

Agensi berkenaan dalam satu kenyataan memberitahu, Bitto dijangkiti koronavirus selepas berkontak rapat dengan rakan baiknya.

“Dia menjalani ujian saringan Covid-19 pada 29 November. Keputusan ujian keluar pada pagi keesokan harinya (30 November) dan dia disahkan positif,” katanya.

Selepas disahkan positif, semua petugas, artis dan pekerja syarikat berkenaan menjalani ujian saringan. Mereka kemudian menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

Susulan berita berkenaan, semua jadual aktiviti UP10TION dibatalkan demi memastikan keselamatan dan kesihatan semua terlibat dapat dilindungi.

Pada 29 November lalu, UP10TION muncul dalam program Inkigayo. Selepas berita tentang Bitto disahkan, pasukan produksi berusaha keras mengesan mana-mana individu yang berkontak rapat dengan penyanyi itu.

“Kami sudah memaklumkan semua artis dan petugas terlibat pada hari kejadian.

“Kami juga memeriksa rakaman televisyen litar tertutup untuk mengenal pasti sesiapa yang pernah berhubungan rapat dengan Bitto,” ujar wakil agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI