fbpx

Amaran cuaca bahaya di Kelantan dan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengumumkan amaran cuaca buruk (jingga) yang dikeluarkan pada pukul 2 petang tadi telah dinaik taraf kepada amaran cuaca bahaya (merah) di Kelantan dan Terengganu.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachol dan Pasir Puteh.

Manakal di Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

“Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku, terutamanya di kawasan pantai di negeri-negeri pantai timur Semenanjung.

“Manakala kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung (Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), pedalaman Pahang, barat Sabah dan barat Sarawak dijangka mengalami kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang terutamanya pada waktu petang sehingga awal malam,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, Keadaan tersebut berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hinga 60 kilometer per jam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh tersebut.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” ujarnya.

Dalam pada itu MetMalaysia turut memaklumkan bagi amaran cuaca tahap waspada iaitu peringkat jingga, negeri yang terlibat ialah Kelantan (Tanah Merah dan Machang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Manakala amaran cuaca waspada (Kuning) berkuat kuasa sehingga 4 Disember 2020 untuk negeri dan kawasan di Kelantan (Jeli dan Kuala Krai); dan Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI