fbpx
FON telinga Enco W51 keluaran Oppo dilengkapi dengan tiga mikrofon bagi membolehkan panggilan suara yang lebih jelas.

Tiada gangguan bunyi pada fon telinga Enco W51

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK hanya mengeluarkan telefon pintar, Oppo turut menghasilkan beberapa peranti lain seiring dengan kehendak pasaran kini.

Syarikat itu turut mengeluarkan fon telinga yang kini seakan menjadi satu peranti yang diperlukan oleh pengguna untuk mendengar lagu, menonton video dan sebagainya.
Oppo Enco W51 merupakan fon telinga terbaharu yang dipertaruhkan oleh syarikat itu di pasaran.

Fon telinga tersebut adalah yang pertama daripada Oppo yang dilengkapi dengan teknologi pembatalan bunyi aktif (ANC).

Melalui teknologi itu bunyi hingar keadaan sekeliling dapat dihilangkan dengan hanya satu sentuhan pada bahagian fon telinga.

Ini akan memberikan pendengaran yang lebih sedap dan jelas tanpa gangguan bunyi-bunyi lain.

Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan tiga mikrofon bagi membolehkan panggilan suara yang lebih jelas.

Reka bentuk fon telinga ini juga cukup menarik dan ia mudah untuk dipakai dan ditanggalkan pada bahagian telinga anda.

Berat peranti itu bersama port pengecas adalah seberat 55.5 gram, manakala bagi setiap satu fon telinga hanyalah seberat 3.9 gram.

Dengan berat sedemikian ia memberi keselesaan ketika menyarungnya pada bahagian telinga.
Kapasiti bateri untuk port pengecasan adalah sebesar 480mAh dan 25mAh untuk setiap fon telinga.

Dengan pengecasan sekali dalam seminggu, purata penggunaan fon telinga itu mampu bertahan selama empat jam sehari.

Pengguna juga boleh mendengar muzik sehingga sembilan jam dengan hanya pengecasan sekali selama 15 minit.

Oppo Enco W51 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Floral White dan Starry Blue dan peranti tersebut boleh didapati di kedai rasmi Oppo dan pengedar sah rasmi jenama berkenaan.

POPULAR

BERITA BERKAITAN