fbpx

Pencuri ‘terperangkap’ 6 jam atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI yang disyaki cuba memecah masuk rumah seorang bilal di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang 'terperangkap' atas bumbung kira-kira enam jam sebelum berjaya diberkas hari ini.

PASIR GUDANG – Hasrat seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah milik bilal Masjid Jalil Hassan, Kampung Pasir Putih di sini tidak kesampaian apabila dia terperangkap di atas bumbung kira-kira enam jam dalam kejadian di sini awal pagi tadi.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu bagaimanapun berjaya diberkas pukul 8.30 pagi selepas dikepung penduduk kampung.

Menurut seorang saksi kejadian, Sazli Raping, 55, berkata, suspek dipercayai cuba memecah masuk rumah bilal kira-kira pukul 2 pagi melalui bumbung rumah.

“Bilal tersedar daripada tidur selepas dia terdengar bunyi bising atas bumbung rumahnya, dia ingat haiwan seperti kucing atau musang tetapi terkejut selepas mendapati ada kelibat manusia.

“Bilal terus kejutkan ahli keluarga yang lain serta jiran-jiran terdekat menyebabkan lelaki itu tidak berjaya meloloskan diri, dia takut nak terjun,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sazli berkata, penduduk kampung terus menghubungi polis sebaik menyedari kejadian itu sebelum sepasukan polis cuba memujuk suspek untuk menyerahkan diri namun lelaki itu berkeras tidak mahu turun.

Jelasnya, polis meminta bantuan daripada pasukan bomba untuk menangkap suspek dengan menyembur air daripada jentera bomba namun usaha itu juga tidak berhasil sebelum meminta bantuan menggunakan kren sebuah syarikat pembinaan berhampiran.

“Lelaki itu ditangkap dengan bantuan kren untuk turunkannya, mungkin dia rasa takut diapa-apakan penduduk kampung sebab itu dia rela duduk atas bumbung berjam-jam.

“Kami pun tidak kenal lelaki itu dan percaya dia merupakan orang luar dari kampung kami,”katanya.

Suspek kemudiannya ditangkap sebelum dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI